Tuesday 31 May 2011

Realiti

Seperti hari-hari biasa,saya akan berjalan untuk ke universiti. Biasanya perjalanan akan mengambil masa selama 15 minit. Purata kelas saya tiap-tiap hari akan bermula pada jam 9 pagi. Biasanya setelah matahari terbit lebih kurang pukul 8 pagi saya akan tidur sebentar dengan harapan dapat bangun 30 minit sebelum kelas bermula untuk bersiap dan ke kelas. Tetapi kadang-kadang selalu terlajak sehingga tinggal hanya 10 minit menuju pukul 9 pagi.

Jika perkara ini terjadi pada saya atau sesiapa sahaja pasti kita akan dengan pantas dan segera gosok gigi,basuh muka dan mencapai bag and buku dan terus ke kelas. Keberangkalian untuk tidak mandi sangat besar.

Di situasi yang lain,jika saya ada assignment yang memakan masa yang agak lama dan agak susah,biasanya last minute baru nak siap. pernah satu ketika saya menyiapkan 1 assignment 3 minit sebelum masa yang ditetapkan pensyarah. Di hari semalam sebelum due date assigment itu saya bertungkus lumus menyiapkan dan tidak tidur sepanjang malam.

Rasanya perkara-perkara yang disebutkan ini,banyak terjadi kepada kita yang rata-ratanya student. Kita terlalu takut gagal dalam pelajaran. Bagi kita kegagalan dalam pelajaran betul-betul berada di hadapan kita jika kita tidak buat assignment atau miss something daripada lecture. Bagi kita fail dalam pelajaran adalah realiti jika kita tidak membuat kerja.

Di dalam situasi yang lain,kita sanggup untuk bersengkang mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Agaknya untuk menonton bagaimana Manchester United dibelasah Barcelona. Kita juga sanggup bangun di awal pagi dalam pukul 7 atau 8 pagi untuk bermain bola sepak bersama rakan-rakan. Sebab bagi kita bola sepak adalah suatu benda yang sangat menyeronokkan.

Tetapi kadang-kadang untuk berjalan ke surau untuk menunaikan solat kita malas. Untuk membaca Quran setiap hari kita tidak buat. Untuk bersengkang mata menghadap Allah tidak pernah terfikir untuk buat. Bangun awal pagi untuk mengenal Allah jarang sekali.Semuanya kerana kita masih tidak cukup beriman dengan Allah dan syurga dan neraka. Kita tidak betul-betul percaya akan Allah. Kita berasa Allah itu suatu yang jauh. Syurga dan neraka suatu yang jauh.

Sepatutnya kita patut berasa kehadiran Allah lebih daripada segalanya.

"...Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya sendiri."
(50:16)

Ingatlah, Allah itu realiti.Mati adalah realiti. Syurga adalah realiti. Neraka itu adalah realiti. Malah perkara-perkara ini adalah lebih realiti daripada segala apa yang ada di langit dan di bumi.

"Tidak akan berzina seorang penzina, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan minum arak, orang yang minum, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri, jika ketika itu dia sedang beriman".
(Hadis bukhari)  

Ingatlah apabila kita malas beribadah kita kurang beriman. apabila membuat dosa, ketika itu kita tidak beriman.

Maka dalam kehidupan seharian check lah iman kita dengan amal kita seharian.

”Iman dan amal adalah dua perkara yang seiring.”
(riwayat al-hakim)

Adakah kita lebih takut dengan fail di universiti atau kehidupan dunia dan akhirat.

Saturday 21 May 2011

Dalam Mihrab Cinta

Sejak tahun ini saya rasa saya jarang menonton film padahal ini adalah hobi saya seketika waktu dahulu.

Tetapi bukanlah saya hendak menceritakan kepada kalian mengenai hobi saya tetapi saya hendak berkongsi sedikit pandangan saya terhadap movie based on novel yang baru saya selesai tonton lima minit yang lalu. Rasanya tiada siapa yang tidak kenal Habiburrahman El Shirazy kan? Saya bukanlah peminat karya beliau novel mahupun movie tetapi saya pun tidak pasti bagaimana saya TER tonton film Dalam Mihrab Cinta ini. Baik, saya akan berkongsi dengan kalian 1 pengajaran yang saya dapat daripada film ini.

Kebanyakan karya Habiburrahman El Shirazy mempamerkan lelaki  yang tinggi amal dan imannya. Lelaki yang belajar di pasentren (pondok) mengaji ilmu agama. Lelaki yang sangat innocent. Lelaki yang jujur dan tabah.Lelaki yang begitu hormat dengan keluarganya. Lelaki yang penyayang dan sangat caring.Atas ciri-ciri ini menyebabkan perempuan terpikat kepadanya.

Jujurnya saya rasa spesis lelaki sebegini makin hari makin pupus. Dan saya ramai kebanyakan perempuan akan bersetuju dengan pernyataan saya ini. Saya sebagai seorang lelaki cuba melihat masalah ini dari kaca mata seorang lelaki. Didalam kehidupan seharian contohnya seperti hari hujung minggu. Di masa inilah kita sibuk dengan pelbagai aktiviti untuk mengisi masa cuti. Ada bermain bola,badminton,berkelah dan sebagainya.

Dimasa yang sama usrah,daurah dan aktiviti berunsur keagamaan juga diambil kira dalam plan harian tetapi ini hanyalah untuk sebahagian orang, tidak semua. Dan daripada sebahagian ini berapa ramai yang sanggup mengorbankan masa untuk berehat dan bermain apabila pada masa yang sama program usrah atau keagamaan dijalankan? Dan daripada sebahagian ini ada yang betul-betul bersemangat semasa menjalankan plan bermain atau berehat. Tidak pernah lewat ke padang atau dewan. Tetapi semasa usrah dan program lain dia lewat paling tidak 30 minit. Dan sebahagian daripada ini ada yang menggunakan masa yang puncak untuk aktiviti-aktiviti sukan manakala masa yang penat selesai bersukan di reserve untuk masa untuk usrah.

Kadang-kadang kita terfikir. Apa yang dikejar mereka? Dunia yang tidak sebeberapa ni'mat nya dan sementara ke yang mereka kejar?Mereka ini betulkah percaya akan syurga?

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.   (9:24)

Dunia ini...

Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). 
 (10:24) 

Entahlah.Countless ayat dalam Quran mengatakan perihal ini. Tetapi kenapa kita terus menerus mengeraskan hati dan tidak menerima ayat-ayat ini dan diterjemah dalam amalan seharian.

Adakah ni'mat syurga kurniaan Allah tidak mengiurkan kamu?

Mungkin apa yang terpapar dalam novel atau film Dalam Mihrab Cinta mungkin hanya khayalan Habiburrahman El Shirazy. Selagi kita tidak mementingkan akhirat daripada dunia selagi itu lah janganlah kita berangan untuk dianugerahkan cinta suci seperti yang digambarkan Habiburrahman El Shirazy.

 


Sunday 15 May 2011

Lemah

Ya Allah.....

Aku memerhatikan kehidupanku.
Aku memerhatikan aku.
Aku memerhatikan keluargaku.
Aku memerhatikan kawan-kawanku.
Aku memerhatikan rakan seperjuangan yang inA berada di jalan ini bersamaku.
Aku melihat anak ikhwah usrah yang aku bawa.
Aku juga melihat jiran dan rakan sekelasku.

Ya Allah....

Aku merasa diri ini lemah.
Aku sangka diri ini sudah berjuang di jalan mu.
Aku sangka usaha ku yang aku tahu walaupun sedikit tapi mampu menghasilkan sesuatu.
Aku sangka segala keringat dan wang yang disumbangkan paling tidak menghasilkan sesuatu
Walaupun ku tahu sesuatu itu tidak banyak tapi ia masih sesuatu.

Ya Allah....

Aku mengatakan aku cinta padamu.
Aku mengatakan kau lah ghayah ku.
Aku mengatakan aku mahu menjadi pejuang agama mu.
Aku mengatakan aku mahu mati jalan mu.
Aku mengatakan aku ingin membela hak umat.

Aku hamba yang lemah.
Alangkah sedihnya bila ku memerhatikan keadaaan sekeliling.
Aku sangka keadaan sekeliling tiada kena mengena dengan aku.

Baru aku sedar sangkaan aku itu salah.
Keadaan sekeliling itu adalah cerminan terhadap diri sendiri.

Aku menjadi lemah.
Aku merasakan hati aku luruh.
Aku merasakan kaki ku bergetar.
Aku merasakan aku manusia bodoh yang bermain dengan sangkaan.

Mana janji mu!
Kau ingat dengan hanya berkata dan ingin kau sudah jadi tentera Allah?
Kau ingat dengan hanya berkata dan ingin kau sudah jadi pendakwah?
Kau ingat dengan hanya berkata dan ingin kau sudah jadi pembela umat?

Ya Allah.,,,

Aku sedar.
Berilah aku peluang untuk aku membuktikan kata-kata aku ini bukan hanya sekadar ingin.

Palestin - Siapa Peduli?

63 tahun.

Churchill Whitepaper

Sykes-Picot Agreement.


Balfour Declaration.

Peel Comission

White Paper 1939.

United Nation.

Zionist.

Rothschilds.

Haganah.

Irgun and Lehi.

Hamas.

PLO.

Deir Yassin.

Sabra and Shatilla.

6 day war.

Two-State Solution.

Oslo Accord.

International Court of Justice.

United Nation General Assembly.

Jerusalem.

Tel Aviv.

Masjid Al Aqsa.

_________________________________________________________

The list could go on and on.

Is there any of the words above you don't know?

What do you really know about the words above?

You don't understand why and how the conflict between Israel and Palestine started?

Do you just flip the paper when there is news about Palestine in the paper because you think it's a never

ending story and you are bored with it?

What have we done for the people of Palestine?



Thauban r.a. berkata:

"Hampir datang masanya seluruh umatnya berkerumun ke atas kamu dari setiap penjuru seperti orang-orang yang lapar berkerumun ke atas sebuah dulang berisi makanan." Para sahabat bertanya: "Apakah kerana bilangan kami (kaum muslimin) pada ketika itu sedikit, wahai Rasullah?" Jawab Rasullah saw : "Bahkan pada ketika itu bilangan kamu banyak namun kamu bagaikan buih air yang mengalir. Demi sungguh Allah akan angkat rasa gentar dan takut dari hati musuh-musuhmu terhadap kamu dan DIA akan melemparkan rasa al-wahan ke dalam hati kamu." Mereka bertanya : Wahai Rasullah, apakah penyakit al-wahan itu? "Cinta harta benda dunia dan takut akan kematian" Jawab Rasullah saw."

(Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Wednesday 11 May 2011

Conversations

Conversation 1

"Eh kau faham apa kau baca dalam Solat?"

"Erm faham la kot sikit-sikit.Asal?"

"Apa maksud bacaan time sujud eh?"

"Owh.Takkan ko tak tau kot?Tiap-tiap ari ko pegi surau."

"Entah.Ko tau ke?"

"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya kot.Aku dulu belajar macam ni"

"Erm,apa maksud Maha Tinggi?"

"Erm.......ko ni banyak tanyalah. Ko ingat aku ustaz ke?"

Conversation 2 

"Baca apa tu?"
 
"Quran. Aku tengok kat rumah ni ko jarang baca?"

"Bukan x nak baca.Tapi aku memang tak suka baca apa-apa pon. Buku study pon aku malas"

"Isy ko ni...Abes tu takkan tak nak baca langsung Quran?"

"Hmmmm......Yelah..Ko baca surah apa tu?"

"Al Anfal.Asal?"

"Apa maksud Al Anfal?"

"Entah."

"Abes tu asal ko baca kalau x faham?"

"Eh ko ni...Baca kan dapat pahala?"

"Owh...."

Conversation 3

"Siot punya pencacai UMNO. Depa ingat kita ni takde agama ke?"

"Eh asal ko marah-marah ni?Bukan DAP pon tolak negara Islam ke?"

"Tu cerita lapok.Karpal Singh dah mengakui negara Islam. Die dah x tolak negara Islam!"

"Eh betul ke ko ni?Ko tengok video ucapan dia?"

"Takpon.Tapi aku tengok tajuk utama dia macam tu dalam Malaysiakini.com.Betol la kot."

"Hmm..Negara Islam ni apa sebenarnya?Apa beza dengan negara kita sekarang?"

"Isy ko ni.Negara ni mana ada Hukum Hudud. Kena ada hukum hudud baru jadi negara Islam!"

Conversation 4

"Adik,adik kena pakai tudung ni.Dah darjah 3 dah.Tengok along pakai pergi sekolah comel je dia."

"Panas la mama pakai tudung.Lagipon kawan adik ramai tak pakai."

"Eh tu kawan-kawan adik.Tapi adik lain.Kita kan Muslim?"

"Hmm..Muslim tu apa mama?"

"Erm..........."

"Mama,kenapa kita kena pakai tudung tak macam orang lain?"

"Erm........kita kan muslim.Adik, kalau adik pakai tudung pergi sekolah Mama beli ais krim untuk adek?"

"Yeay!ok....adik pakai.Mama janji ok belikan nanti"





Monday 9 May 2011

Insan (2)

Daripada 2 kompenen utama untuk membuat manusia, iaitu tanah dan roh, Allah telah menjadikan 3 unsur yang paling penting di dalam setiap diri insan. 3 unsur tersebut ialah jasad, akal dan hati. Ketiga-tiga unsur ini merupakan sesuatu yang amat crucial yang memainkan peranan besar di dalam diri manusia. Di dalam post ini tidak akan diceritakan mengenai jasad disebabkan saya bukan lah orang arif mengenai hal ini.

"Thought" generally refers to any mental or intellectual activity involving an individual's subjective consciousness. It can refer either to the act of thinking or the resulting ideas or arrangements of ideas.

Source=Wikipedia
Salah satu benda yang membuakan manusia unik adalah disebabkan oleh akalnya. Tiada makhluk lain di dunia ini yang dikurniakan Allah kepada mereka kecuali manusia. Kebolehan manusia untuk berfikir membolehkan binatang sebesa-besar gajah mampu menurut perintah seorang manusia yang menjaganya. Dan segala macam elemen di dalam dunia daripada bahan galian kepada tanaman semuanya di-utilise sepenuhnya oleh manusia mengikut ilmu yang diketahui.Di dalam masa yang sama Allah mengurniakan akal kepada manusia supaya manusia berfikir mengenai nya. Di dalam Al-Quran disebutkan beberapa kali supaya manusia memerhatikan dunia ini dan menyuruh mengaitkan pemerhatian itu kepada Allah.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(3:190)

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 
 (29:20)

Walaubagaimanapun Allah mengetahui bahawa akal manusia sangat terhad. Banyak perkara-perkara yang gagal untuk difikirkan oleh hati. Contohnya alam ghaib syurga dan neraka. Carilah manusia sebijak mana pun mereka pasti gagal untuk memikiri mengenai hal ini. Begitu juga dengan hal lain dalam kehidupan manusia seperti undang-undang, cara berurusan dalam perniagaan dan sebagainya. Carilah manusia sebijak mana pun yang dikumpulkan dan memikirkan undang-undang terbaik untuk negara nescaya mereka akan gagal menemui solusi nya. Mereka mungkin boleh memikirkan yang terbaik tetapi gagal untuk mencapai undang-undang yang dapat dijalankan dengan efektif, aman dan menyelesaikan masalah. Oleh itu Allah telah menurunakan petunjuk, Al Quran kepada manusia dan  yang menjelaskan hal-hal disegenap kehidupan manusia.

Unsur yang kedua adalah hati.

 Ketahuilah, bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.”

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Persoalan utama yang perlu dikemukakan ialah kenapa Nabi bersabda begini? Ada apa dengan hati yang membuatkan ia sangat special sehingga mampu merosakkan seluruh anggota jika ia rosak. Kenapa Nabi tidak membuat perumpamaan ini kenapa lain dari hati?

Cuba perhatikan situasi ini.

Kadang-kadang kita rasa seperti waktu peperiksaan sangat menghampiri. Banyak benda yang kita belum baca lagi. Apa yang diajar di dalam kuliah pon belum catch-up lagi. Logik akal mengatakan kita patut study secepat mungkin. Tetapi selang 2 3 hari buku masih tidak disentuh kerana malas. Barangkali hati tidak termotivasi lagi. Sehari sebelum peperiksaaan baru sibuk belajar walaupun tahu tidak akan sempat habis mengulangkaji sebelum peperiksaan tetapi hati sangat termotivasi oleh waktu peperiksaan yang sangat dekat.

Hebatkan hati? Dapat menandingi akal. Kesimpulannya gunalah logik akal macam manapun kalau hati tidak mahu bergerak akal tidak akan mampu menggerakkan anggota badan. Di sinilah sebab kenapa hati itu sangat istemewa di dalam diri manusia. Atas dasar inilah kenapa hati lah yang akan menentukan kehidupan kita di akhirat. Senang untuk kita berfikir bahawa syurga dan neraka itu wujud tetapi sukar untuk digerakkan anggota badan jika hati tidak merelakan untuk berbuat ke arah kebaikan menuju syurga. Sebab itulah hadis tersebut mengatakan rosak seluruh anggota jika hati itu rosak.

"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." 

(Hadis riwayat Ibn Majah).

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." 
(83:14).

Melau hadis dan ayat al Quran di atas adalah sangat penting untuk menjaga hati supaya sentiasa terarah membuatkan anggota badan bergerak menuju redha Allah. Janganlah dicemari hati dengan titik hitam disebabkan oleh dosa kita sendiri kerana lambat laun titik hitam akan meliputi hati dan membuatkan hati kita diselaputi lapisan hitam dan susah untuk disental keluar. Disebabkan titik hitam ini kita gagal untuk merasa kebersamaan Allah didalam sembahyang, tidak berasa seperti Allah bercakap kepada kita ketika membaca Quran dan membuat kita malas untuk pergi menuntut ilmu. Jika di lakukan satu dosa cepat-cepatlah bertaubat walaupun itu dosa kecil.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. 

(3:135,136)

Kepada yang masih mencari-cari hati, dengarlah pesanan imam Ghazali ini.


“Carilah hatimu di tiga tempat…Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran.

Tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.

Jika tidak kau temui juga,kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.

Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru...

kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”














 





Saturday 7 May 2011

Insan (1)


Ketahuilah,bahawa di dalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,bailah badan keseleruhannya dan apabila ia rosak,rosaklah sekeliannya. Ketahuilah,itulah yang dikatakan hati.

Berapa ramai daripada kita yang pernah mendengar hadis ini? Sudah pasti ramai dan agak pelik mungkin bagi sesiapa yang tidak pernah mendengar hadis ini. Jika mahu ulasan yang ilmiah terhadap hadis tersebut boleh rujuk kepada hadis ke 6 dalam Hadis 40 susunan Imam Nawawi yang disertakan dengan huraian hadis tersebut or you can just google it.Saya tidak bercadang untuk mengulas hadis ini secara ilmiah atau secara terperinci. Tetapi mahu berkongsi apa yang saya tahu mengenai hadis ini berdasarkan pengetahuan yang sangat cetek dan pengalaman hidup yang x beberapa yang ditempuhi.

Manusia secara dasarnya adalah roh dan jasad. Dari manakah datangnya roh?dan dari manakah datangnya jasad?

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
(76:2)

Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). 
(6:2)

Berdasarkan 2 ayat ini nyatalah jasad manusia bagaimana dijadikan. Dan hal mengenai roh pula:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan roh mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". 
 (7:173)

Inilah yang dikatakan manusia. Tanpa 2 unsur roh dan jasmani kita tidak dipanggil manusia. 2 unsur tersebut kena seiring. Jika 1 hilang sudah tidak dikatakan manusia lagi. Melalui ketiga-tiga ayat quran ini dapat dinyatakan bahawa roh dan jasad masing-masing memainkan peranan dalam kejadian manusia itu sendiri. Selain daripada peranan nyatlah bahawa kedua-dua elemen ini mempunyai kehendak juga sebab satu-satunya benda di dalam dunia yang tidak berkehendak kepada apa-apa pun hanyalah Allah.

Makanan,tempat tinggal,keselesaan,pangkat,pasangan hidup,musik,pakaian dan kawan-kawan semuanya merupakan kehendak jasad. Jika makin lama ia hidup, kehendak jasad bertambah permintaannya dan makin sukar untuk dipenuhi. Kita mula meletakkan matlamat yang tinggi seperti cemerlang dalam pelajaran atau mengejar pangkat paling tinggi. Sehingga ia sangat sukar untuk dipenuhi dan apabila tidak berjaya dipenuhi, benda itulah yang akan membuatnya down dan kecewa. Kelakar.Benda yang dikejar disangka dapat memuaskan hatinya,benda itulah juga yang membuatnya bersedih. Tanpa kita sedari kebanyakan kehendak jasad kita berasal daripada benda sama yang menjadikan jasad kita. Makanan,manusia,tempat tinggal dan lain-lain kehendak banyak yang dijadikan daripada tanah.

1 lagi unsur yang sering dilupai ialah roh yang datangnya dari Allah SWT. Begitu juga dengan benda lain di dalam dunia,roh juga berkehendak kepada sesuatu. Di dalam sibuk manusia mengejar dunia (harta,pelajaran) untuk memuaskan jasad mereka untuk hidup senang diabaikan kehendak roh kita. Cuba bayangkan roh dan jasad sebagai 2 orang anak kecil. Seorang anak kecil diberi makan bernama Jasad manakal yang seorang lagi bernama Roh tidak diberi makan. Lama kelamaan anak kecil bernama Roh itu akan mati dan Jasad akan terus hidup dengan gemuk. Begitu jugalah manusia jika kita hanya menyuap jasad dan melupakan roh, roh tersebut akan mati. Lalu lupalah dia yang bahawa roh pernah berjanji mengatakan ketuhanan Allah.

Disebabkan roh itu datang dari Allah maka keperluan roh itu juga datang dari Allah, iaitu Al Quran. Malangnya rata-rata manusia sekarang menyuap roh mereka dengan sesuatu yang bukan datang dari Allah. Manusia mula mereka-reka bermacam-macam entertainment untuk menyuap roh tersebut. Selepas seketika bersama rekaan-rekaan sendiri seperti music,games, dan movie kita akan berasa seronok. Berasa roh tersebut telah kenyang. Situasi ini samalah seperti orang yang makan makanan yang tidak sepatutnya dimakan. Mula-mula badan akan berasa kenyang dan sedap tetapi long term effect akan membahayakan kesehatan. Begitu jugalah roh. Mereka hanya bergembira sebentar. Tetapi kegembiraan itu diselang selikan dengan kesedihan,kekecewaan, keputus-asaan sehingga mereka berasa tiada erti lagi untuk meneruskan kehidupan.


Bersambung InshaAllah.