Saturday, 7 May 2011

Insan (1)


Ketahuilah,bahawa di dalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,bailah badan keseleruhannya dan apabila ia rosak,rosaklah sekeliannya. Ketahuilah,itulah yang dikatakan hati.

Berapa ramai daripada kita yang pernah mendengar hadis ini? Sudah pasti ramai dan agak pelik mungkin bagi sesiapa yang tidak pernah mendengar hadis ini. Jika mahu ulasan yang ilmiah terhadap hadis tersebut boleh rujuk kepada hadis ke 6 dalam Hadis 40 susunan Imam Nawawi yang disertakan dengan huraian hadis tersebut or you can just google it.Saya tidak bercadang untuk mengulas hadis ini secara ilmiah atau secara terperinci. Tetapi mahu berkongsi apa yang saya tahu mengenai hadis ini berdasarkan pengetahuan yang sangat cetek dan pengalaman hidup yang x beberapa yang ditempuhi.

Manusia secara dasarnya adalah roh dan jasad. Dari manakah datangnya roh?dan dari manakah datangnya jasad?

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
(76:2)

Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). 
(6:2)

Berdasarkan 2 ayat ini nyatalah jasad manusia bagaimana dijadikan. Dan hal mengenai roh pula:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan roh mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". 
 (7:173)

Inilah yang dikatakan manusia. Tanpa 2 unsur roh dan jasmani kita tidak dipanggil manusia. 2 unsur tersebut kena seiring. Jika 1 hilang sudah tidak dikatakan manusia lagi. Melalui ketiga-tiga ayat quran ini dapat dinyatakan bahawa roh dan jasad masing-masing memainkan peranan dalam kejadian manusia itu sendiri. Selain daripada peranan nyatlah bahawa kedua-dua elemen ini mempunyai kehendak juga sebab satu-satunya benda di dalam dunia yang tidak berkehendak kepada apa-apa pun hanyalah Allah.

Makanan,tempat tinggal,keselesaan,pangkat,pasangan hidup,musik,pakaian dan kawan-kawan semuanya merupakan kehendak jasad. Jika makin lama ia hidup, kehendak jasad bertambah permintaannya dan makin sukar untuk dipenuhi. Kita mula meletakkan matlamat yang tinggi seperti cemerlang dalam pelajaran atau mengejar pangkat paling tinggi. Sehingga ia sangat sukar untuk dipenuhi dan apabila tidak berjaya dipenuhi, benda itulah yang akan membuatnya down dan kecewa. Kelakar.Benda yang dikejar disangka dapat memuaskan hatinya,benda itulah juga yang membuatnya bersedih. Tanpa kita sedari kebanyakan kehendak jasad kita berasal daripada benda sama yang menjadikan jasad kita. Makanan,manusia,tempat tinggal dan lain-lain kehendak banyak yang dijadikan daripada tanah.

1 lagi unsur yang sering dilupai ialah roh yang datangnya dari Allah SWT. Begitu juga dengan benda lain di dalam dunia,roh juga berkehendak kepada sesuatu. Di dalam sibuk manusia mengejar dunia (harta,pelajaran) untuk memuaskan jasad mereka untuk hidup senang diabaikan kehendak roh kita. Cuba bayangkan roh dan jasad sebagai 2 orang anak kecil. Seorang anak kecil diberi makan bernama Jasad manakal yang seorang lagi bernama Roh tidak diberi makan. Lama kelamaan anak kecil bernama Roh itu akan mati dan Jasad akan terus hidup dengan gemuk. Begitu jugalah manusia jika kita hanya menyuap jasad dan melupakan roh, roh tersebut akan mati. Lalu lupalah dia yang bahawa roh pernah berjanji mengatakan ketuhanan Allah.

Disebabkan roh itu datang dari Allah maka keperluan roh itu juga datang dari Allah, iaitu Al Quran. Malangnya rata-rata manusia sekarang menyuap roh mereka dengan sesuatu yang bukan datang dari Allah. Manusia mula mereka-reka bermacam-macam entertainment untuk menyuap roh tersebut. Selepas seketika bersama rekaan-rekaan sendiri seperti music,games, dan movie kita akan berasa seronok. Berasa roh tersebut telah kenyang. Situasi ini samalah seperti orang yang makan makanan yang tidak sepatutnya dimakan. Mula-mula badan akan berasa kenyang dan sedap tetapi long term effect akan membahayakan kesehatan. Begitu jugalah roh. Mereka hanya bergembira sebentar. Tetapi kegembiraan itu diselang selikan dengan kesedihan,kekecewaan, keputus-asaan sehingga mereka berasa tiada erti lagi untuk meneruskan kehidupan.


Bersambung InshaAllah.





No comments:

Post a Comment