Monday 9 May 2011

Insan (2)

Daripada 2 kompenen utama untuk membuat manusia, iaitu tanah dan roh, Allah telah menjadikan 3 unsur yang paling penting di dalam setiap diri insan. 3 unsur tersebut ialah jasad, akal dan hati. Ketiga-tiga unsur ini merupakan sesuatu yang amat crucial yang memainkan peranan besar di dalam diri manusia. Di dalam post ini tidak akan diceritakan mengenai jasad disebabkan saya bukan lah orang arif mengenai hal ini.

"Thought" generally refers to any mental or intellectual activity involving an individual's subjective consciousness. It can refer either to the act of thinking or the resulting ideas or arrangements of ideas.

Source=Wikipedia
Salah satu benda yang membuakan manusia unik adalah disebabkan oleh akalnya. Tiada makhluk lain di dunia ini yang dikurniakan Allah kepada mereka kecuali manusia. Kebolehan manusia untuk berfikir membolehkan binatang sebesa-besar gajah mampu menurut perintah seorang manusia yang menjaganya. Dan segala macam elemen di dalam dunia daripada bahan galian kepada tanaman semuanya di-utilise sepenuhnya oleh manusia mengikut ilmu yang diketahui.Di dalam masa yang sama Allah mengurniakan akal kepada manusia supaya manusia berfikir mengenai nya. Di dalam Al-Quran disebutkan beberapa kali supaya manusia memerhatikan dunia ini dan menyuruh mengaitkan pemerhatian itu kepada Allah.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(3:190)

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 
 (29:20)

Walaubagaimanapun Allah mengetahui bahawa akal manusia sangat terhad. Banyak perkara-perkara yang gagal untuk difikirkan oleh hati. Contohnya alam ghaib syurga dan neraka. Carilah manusia sebijak mana pun mereka pasti gagal untuk memikiri mengenai hal ini. Begitu juga dengan hal lain dalam kehidupan manusia seperti undang-undang, cara berurusan dalam perniagaan dan sebagainya. Carilah manusia sebijak mana pun yang dikumpulkan dan memikirkan undang-undang terbaik untuk negara nescaya mereka akan gagal menemui solusi nya. Mereka mungkin boleh memikirkan yang terbaik tetapi gagal untuk mencapai undang-undang yang dapat dijalankan dengan efektif, aman dan menyelesaikan masalah. Oleh itu Allah telah menurunakan petunjuk, Al Quran kepada manusia dan  yang menjelaskan hal-hal disegenap kehidupan manusia.

Unsur yang kedua adalah hati.

 Ketahuilah, bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.”

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Persoalan utama yang perlu dikemukakan ialah kenapa Nabi bersabda begini? Ada apa dengan hati yang membuatkan ia sangat special sehingga mampu merosakkan seluruh anggota jika ia rosak. Kenapa Nabi tidak membuat perumpamaan ini kenapa lain dari hati?

Cuba perhatikan situasi ini.

Kadang-kadang kita rasa seperti waktu peperiksaan sangat menghampiri. Banyak benda yang kita belum baca lagi. Apa yang diajar di dalam kuliah pon belum catch-up lagi. Logik akal mengatakan kita patut study secepat mungkin. Tetapi selang 2 3 hari buku masih tidak disentuh kerana malas. Barangkali hati tidak termotivasi lagi. Sehari sebelum peperiksaaan baru sibuk belajar walaupun tahu tidak akan sempat habis mengulangkaji sebelum peperiksaan tetapi hati sangat termotivasi oleh waktu peperiksaan yang sangat dekat.

Hebatkan hati? Dapat menandingi akal. Kesimpulannya gunalah logik akal macam manapun kalau hati tidak mahu bergerak akal tidak akan mampu menggerakkan anggota badan. Di sinilah sebab kenapa hati itu sangat istemewa di dalam diri manusia. Atas dasar inilah kenapa hati lah yang akan menentukan kehidupan kita di akhirat. Senang untuk kita berfikir bahawa syurga dan neraka itu wujud tetapi sukar untuk digerakkan anggota badan jika hati tidak merelakan untuk berbuat ke arah kebaikan menuju syurga. Sebab itulah hadis tersebut mengatakan rosak seluruh anggota jika hati itu rosak.

"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." 

(Hadis riwayat Ibn Majah).

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." 
(83:14).

Melau hadis dan ayat al Quran di atas adalah sangat penting untuk menjaga hati supaya sentiasa terarah membuatkan anggota badan bergerak menuju redha Allah. Janganlah dicemari hati dengan titik hitam disebabkan oleh dosa kita sendiri kerana lambat laun titik hitam akan meliputi hati dan membuatkan hati kita diselaputi lapisan hitam dan susah untuk disental keluar. Disebabkan titik hitam ini kita gagal untuk merasa kebersamaan Allah didalam sembahyang, tidak berasa seperti Allah bercakap kepada kita ketika membaca Quran dan membuat kita malas untuk pergi menuntut ilmu. Jika di lakukan satu dosa cepat-cepatlah bertaubat walaupun itu dosa kecil.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. 

(3:135,136)

Kepada yang masih mencari-cari hati, dengarlah pesanan imam Ghazali ini.


“Carilah hatimu di tiga tempat…Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran.

Tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.

Jika tidak kau temui juga,kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.

Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru...

kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”














 





No comments:

Post a Comment