Saturday 21 May 2011

Dalam Mihrab Cinta

Sejak tahun ini saya rasa saya jarang menonton film padahal ini adalah hobi saya seketika waktu dahulu.

Tetapi bukanlah saya hendak menceritakan kepada kalian mengenai hobi saya tetapi saya hendak berkongsi sedikit pandangan saya terhadap movie based on novel yang baru saya selesai tonton lima minit yang lalu. Rasanya tiada siapa yang tidak kenal Habiburrahman El Shirazy kan? Saya bukanlah peminat karya beliau novel mahupun movie tetapi saya pun tidak pasti bagaimana saya TER tonton film Dalam Mihrab Cinta ini. Baik, saya akan berkongsi dengan kalian 1 pengajaran yang saya dapat daripada film ini.

Kebanyakan karya Habiburrahman El Shirazy mempamerkan lelaki  yang tinggi amal dan imannya. Lelaki yang belajar di pasentren (pondok) mengaji ilmu agama. Lelaki yang sangat innocent. Lelaki yang jujur dan tabah.Lelaki yang begitu hormat dengan keluarganya. Lelaki yang penyayang dan sangat caring.Atas ciri-ciri ini menyebabkan perempuan terpikat kepadanya.

Jujurnya saya rasa spesis lelaki sebegini makin hari makin pupus. Dan saya ramai kebanyakan perempuan akan bersetuju dengan pernyataan saya ini. Saya sebagai seorang lelaki cuba melihat masalah ini dari kaca mata seorang lelaki. Didalam kehidupan seharian contohnya seperti hari hujung minggu. Di masa inilah kita sibuk dengan pelbagai aktiviti untuk mengisi masa cuti. Ada bermain bola,badminton,berkelah dan sebagainya.

Dimasa yang sama usrah,daurah dan aktiviti berunsur keagamaan juga diambil kira dalam plan harian tetapi ini hanyalah untuk sebahagian orang, tidak semua. Dan daripada sebahagian ini berapa ramai yang sanggup mengorbankan masa untuk berehat dan bermain apabila pada masa yang sama program usrah atau keagamaan dijalankan? Dan daripada sebahagian ini ada yang betul-betul bersemangat semasa menjalankan plan bermain atau berehat. Tidak pernah lewat ke padang atau dewan. Tetapi semasa usrah dan program lain dia lewat paling tidak 30 minit. Dan sebahagian daripada ini ada yang menggunakan masa yang puncak untuk aktiviti-aktiviti sukan manakala masa yang penat selesai bersukan di reserve untuk masa untuk usrah.

Kadang-kadang kita terfikir. Apa yang dikejar mereka? Dunia yang tidak sebeberapa ni'mat nya dan sementara ke yang mereka kejar?Mereka ini betulkah percaya akan syurga?

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.   (9:24)

Dunia ini...

Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). 
 (10:24) 

Entahlah.Countless ayat dalam Quran mengatakan perihal ini. Tetapi kenapa kita terus menerus mengeraskan hati dan tidak menerima ayat-ayat ini dan diterjemah dalam amalan seharian.

Adakah ni'mat syurga kurniaan Allah tidak mengiurkan kamu?

Mungkin apa yang terpapar dalam novel atau film Dalam Mihrab Cinta mungkin hanya khayalan Habiburrahman El Shirazy. Selagi kita tidak mementingkan akhirat daripada dunia selagi itu lah janganlah kita berangan untuk dianugerahkan cinta suci seperti yang digambarkan Habiburrahman El Shirazy.

 


1 comment:

  1. ia bukan sekadar khayalan... ia sbahagian ekspedisi dakwahnya! ketika zaman 'ayat2 cinta'... ku tersenyum sendiri dgn linangan air mata terharu melihat muda-mudi pgang erat naskah al quran dan mbacanya dlm komuter... walaupun bilangannya kecil n xmwujudkn satu fenomena pun...tpi dkwahnya tetap mberi impak! rgardless how small da impact...

    ~zara

    ReplyDelete