Tuesday 31 May 2011

Realiti

Seperti hari-hari biasa,saya akan berjalan untuk ke universiti. Biasanya perjalanan akan mengambil masa selama 15 minit. Purata kelas saya tiap-tiap hari akan bermula pada jam 9 pagi. Biasanya setelah matahari terbit lebih kurang pukul 8 pagi saya akan tidur sebentar dengan harapan dapat bangun 30 minit sebelum kelas bermula untuk bersiap dan ke kelas. Tetapi kadang-kadang selalu terlajak sehingga tinggal hanya 10 minit menuju pukul 9 pagi.

Jika perkara ini terjadi pada saya atau sesiapa sahaja pasti kita akan dengan pantas dan segera gosok gigi,basuh muka dan mencapai bag and buku dan terus ke kelas. Keberangkalian untuk tidak mandi sangat besar.

Di situasi yang lain,jika saya ada assignment yang memakan masa yang agak lama dan agak susah,biasanya last minute baru nak siap. pernah satu ketika saya menyiapkan 1 assignment 3 minit sebelum masa yang ditetapkan pensyarah. Di hari semalam sebelum due date assigment itu saya bertungkus lumus menyiapkan dan tidak tidur sepanjang malam.

Rasanya perkara-perkara yang disebutkan ini,banyak terjadi kepada kita yang rata-ratanya student. Kita terlalu takut gagal dalam pelajaran. Bagi kita kegagalan dalam pelajaran betul-betul berada di hadapan kita jika kita tidak buat assignment atau miss something daripada lecture. Bagi kita fail dalam pelajaran adalah realiti jika kita tidak membuat kerja.

Di dalam situasi yang lain,kita sanggup untuk bersengkang mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Agaknya untuk menonton bagaimana Manchester United dibelasah Barcelona. Kita juga sanggup bangun di awal pagi dalam pukul 7 atau 8 pagi untuk bermain bola sepak bersama rakan-rakan. Sebab bagi kita bola sepak adalah suatu benda yang sangat menyeronokkan.

Tetapi kadang-kadang untuk berjalan ke surau untuk menunaikan solat kita malas. Untuk membaca Quran setiap hari kita tidak buat. Untuk bersengkang mata menghadap Allah tidak pernah terfikir untuk buat. Bangun awal pagi untuk mengenal Allah jarang sekali.Semuanya kerana kita masih tidak cukup beriman dengan Allah dan syurga dan neraka. Kita tidak betul-betul percaya akan Allah. Kita berasa Allah itu suatu yang jauh. Syurga dan neraka suatu yang jauh.

Sepatutnya kita patut berasa kehadiran Allah lebih daripada segalanya.

"...Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya sendiri."
(50:16)

Ingatlah, Allah itu realiti.Mati adalah realiti. Syurga adalah realiti. Neraka itu adalah realiti. Malah perkara-perkara ini adalah lebih realiti daripada segala apa yang ada di langit dan di bumi.

"Tidak akan berzina seorang penzina, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan minum arak, orang yang minum, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri, jika ketika itu dia sedang beriman".
(Hadis bukhari)  

Ingatlah apabila kita malas beribadah kita kurang beriman. apabila membuat dosa, ketika itu kita tidak beriman.

Maka dalam kehidupan seharian check lah iman kita dengan amal kita seharian.

”Iman dan amal adalah dua perkara yang seiring.”
(riwayat al-hakim)

Adakah kita lebih takut dengan fail di universiti atau kehidupan dunia dan akhirat.

2 comments:

  1. Rasulullah SAW pemah menggambarkan sifat iman bagi umat di akhir zaman dalam sepotong hadisnya:

    "Sesungguhnya di saat menjelang Qiamat terdapat beberapa fitnah seperti sebahagian malam yang gelap gelita. Pada hari itu seorang itu pada paginya beriman dan pada petangnya menjadi kafir. Dan petangnya dia beriman, pada paginya dia kafir. Dan ada yang menjual agamanya dengan harta benda dunia dengan harga yang murah."
    (At Tarmizi)

    ~zara

    ReplyDelete
  2. Allahumma ya Muqallib al Quloob thabbit qalbi 'alaa Deenik.

    ReplyDelete